
'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.
Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.
Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.
Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.
Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini? Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?
Tiga atau lima atu tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan.
Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.
Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya.
hmm 3 hari lepas aku baca posting ni, nmpak gaya nya permainan politik gerombolan makin mudah dibaca pihak lawan - PR one step ahead...selamat tinggal generasi seniorita penyokong gerombolan~ kebangkitan generasi muda pasti akan membawa ombak ala-ala California beach next PRU...dengan izin-NYA jua
Saturday, May 23, 2009
ramalan datuk paduka Husam Musa
what is respect all about???

Che Guevera dihormati anak-anak muda di seluruh dunia bukan kerana ada undang-undang daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ada arahan daripada IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormatinya.
Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.
Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan sebenar; ini semua penghormatan yang pura-pura. Sebagai contoh: Dr Mahathir Mohamad & Tun Abdullah Ahmah Badawi satu ketika dahulu dihormati kerana dapat memberi habuan kontrak. Namun apa sudah jadi kepada mereka sekarang??? masih dihormati???
dari mana datangnya hormat itu???
adakah dengan adanya harta? kuasa?? pangkat??? atau attitude figura itu sendiri???? anda tentukan...kita yang tentukan...penetu segala!
puduraya pindah lokasi????

Subang’s defunct Sultan Abdul Aziz Shah airport may continue to feature in national transportation as an express bus hub.
Commercial Vehicle Licensing Board chairman Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar today revealed plans to create an integrated inter-city express bus terminal at the site of the old airport's Terminal Three early next year to ease congestion in the city.
This will see the phasing-out of existing bus terminals at Puduraya, Hentian Duta and Hentian Putra.
Raja Ahmad said the move, approved by the Selangor Government, was also to improve express bus services and help make tourism the top ringgit earner.
He said the site had been chosen as it was close to major highways and not affected by heavy traffic.
"Our purpose is to ease congestion in the city centre, especially in the Puduraya area," he said.
The Government had earlier proposed the extension of the Star-LRT line to Subang airport in view of future development in the area, but no decision has been taken yet.
Puduraya, he said, would be turned into a commercial centre.
Raja Ahmad said the CVLB would be introducing an integrated ticketing system for express buses by year's end that would allow passengers to buy tickets from petrol stations and magazine kiosks.
Under the system, a ticket can be used to travel by express bus from Kuala Lumpur to Alor Star and later to Kuantan and back to Kuala Lumpur again. A consultant has been engaged to study the proposal.
The proposal is part of the Government's integrated ticketing transport system plan, which may also see the expansion of the use of Touch 'N Go card for express bus tickets.
An industry source said the Government had approved the integrated ticketing concept, but had to revise it earlier this year to accommodate the light rail transit systems.
There are currently 142 express bus companies operating nationwide.
Plans are also under way to build three new integrated transport terminals in Lembah Subang, Gombak and Bandar Tasik Selatan.
These new stations are expected to link rail transport systems with express bus pick-ups.
adoyai! mcm mne plak gua nak blk uia-kedah ni... bertambah2 la kos blk kampung aku huhuhuhuhuhuhuhu
oh! najib altantuya~

Manek Urai: Najib ditempelak cuba bohongi rakyat
Izwan Abdul Halim | izwan@harakah.net.my
Sat | May 23, 09 | 8:19:57 am MYT
PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Membazir wang rakyat yang menjadi alasan popular Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) N.12 Dun Penanti ternyata satu lagi pembohongan mereka kepada rakyat.
Iklan
Belum pun proses PRK Penanti berlangsung bahkan belum juga tarikh PRK Dun Manek Urai ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahkan tanpa keputusan bersama anggota gabungan BN, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak segera memberi kenyataan bahawa BN akan menyertai PRK Dun Manek Urai.
Mengulas perkara tersebut, Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution menyifatkan perkara itu sebagai pendirian tidak konsisten BN terhadap penyertaan dalam pilihan raya.
"Secara kebetulan sambil kita membuat persiapan PRK Penanti, akan berlaku satu lagi PRK di Kelantan iaitu di Manek Urai. Najib telah membuat kenyataan beberapa jam tadi di Singapura bahawa BN akan bertanding di Manek Urai. Itu bermakna BN sebenarnya tidak konsisten dari segi tidak mahu mengambil bahagian dalam pilihan raya.
"Di Penanti dia tidak mahu mengambil bahagian sebab katanya pilihan raya ini membazir wang rakyat. Kalaulah membazir wang rakyat dijadikan alasan, dia mesti konsisten. Bagaimana pula pilihan raya di sini membazir wang rakyat, sementara pilihan raya di Manek Urai tidak membazir wang rakyat?
"Jadi ternyata BN tidak ada jalan keluar lagi, dia tiada pilihan. Di sini dia cuba 'twist' atau main sentimen seolah-olah ini sesuatu yang merugikan wang rakyat. Tetapi belum pun PRK Penanti bermula, Tuhan takdirkan satu lagi PRK dan sepantas kilat Perdana Menteri mengumumkan bahawa BN akan bertanding di Manek Urai," ujarnya dalam satu temubual bersama Harakahdaily di Pejabat Yayasan Aman, di sini lewat petang semalam.
Katanya, sama ada BN bertanding atau tidak, BN sudah tentu tidak dapat menjadi pemenang di Penanti kerana tidak menyertai PRK itu, manakala Manek Urai pula merupakan kubu kuat tradisi PAS.
"Bayangkan ketika BN menang semua kerusi di Kelantan melainkan dua kerusi, satu darinya adalah Manek Urai yang PAS menang. 'So' demikianlah ketika kekuatan BN begitu hebat pun dia tidak tawan Manek Urai, apatah lagi dalam keadaan sekarang PAS menguasai 40 kerusi bersama KeADILan. 'So', Manek Urai akan jadi kekalahan yang kelima berturut-turut bagi BN, saya yakin!" ujar Saifuddin tersenyum
Nabi sulaiman~

Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman
Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,
“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.” (An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.


